Kisah Viral By: Attiqah Mohd April 25, 2020 @ 6:00am

Sinar Ramadan Baru Buat Adik Ainul Mardhiah

Siapa masih ingat kisah mengenai seorang bayi berusia sembilan bulan yang menderita penyakit Germ Cell Tumour di bahagian mulutnya? Kisah penderitaan yang ditanggung oleh adik Ainul Mardhiah tahun lalu membuatkan ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa bayi comel itu.

Baca artikel berkaitan: Pengakhiran ‘Derita’ Ainul Mardhiah..

Setahun sudah berlalu semenjak kisah Ainul Mardhiah menjadi bualan ramai. Seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri, Ainul Mardhiah telah diterbangkan di London untuk menjalani operasi pembedahan tersebut turut dibantu oleh doktor pakar pelatih, Dr. Nur Amalina Che Bakri.

Ternyata, Ramadan tahun ini memberikan sinar baru buat bayi comel itu. Adik Ainul Mardhiah kini sudah berusia dua tahun dan sudah semakin aktif.

Menerusi satu perkongsian yang dimuatnaik oleh Dr Amalina Che Bakri di laman Twitternya, adik Ainul Mardhiah kini dilihat membesar dengan sihat. Malah, bayi comel itu juga sudah boleh mengeluarkan suara dan bermain seperti biasa.

Menitis air mata kenang pengorbanan Doktor – Netizen

Rata-rata netizen di laman Twitter meluahkan rasa syukur dan gembira melihat perkembangan positif Ainul Mardhiah. Tidak kurang juga yang sayu mengenangkan pengorbanan Dr. Amalina dan pasukannya yang berusaha berjuang merawat Ainul Mardhiah.


Ramai yang mengucapkan terima kasih dan terharu dengan pengorbanan Dr. Amalina. Sikap murni dan baik hati Dr. Amalina dalam membantu ‘perjuangan’ Ainul Mardhiah harus dijadikan inspirasi buat semua.

Apa yang penting, bayi comel ini sudah semakin sihat. Kami mendoakan agar Adik Ainul Mardhiah terus menunjukkan perkembangan positif serta dapat membesar seperti kanak-kanak yang lain.

Kredit: Twitter Dr. Nur Amalina Che Bakri

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 11 Nov 2022
Featured Fri, 11 Nov 2022

[VIDEO] Buat Trend Video Di TikTok, Yonnyboii & Isteri Dikritik Netizen

Sudah lama tidak mendengar khabar mengenai penyanyi rap, Yonnyboii dan isterinya, Nik Nazira di laman sosial. Terbaharu, tular sebuah perkongsian mereka dimuat naik sendiri oleh Nazira di laman TikTok yang berjaya meraih perhatian ramai. Menerusi […]

Featured Tue, 5 Sep 2023
Featured Thu, 1 Sep 2022

[VIDEO] “Hang In There!” – Muat Naik Video ‘Self-Healing’, Peminat Mohon Aedy Ashraf Kekal Tabah

Sayuu pula min tengok Aedy ni. Tapi, best kan layan perasaan sorang sorang, tambah lagi ada view cantik ☺️☺️ Tenangg je!

Featured Wed, 1 Nov 2023