[VIDEO] Jemaah Haji Terkandas Dedah Perbualan Agensi Penipu.. Songlap Lebih RM14 Juta!

Impian dan niat murni hampir 400 bakal jemaah haji untuk berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan rukun Islam kelima terkubur setelah ditipu agensi pelancongan.

Difahamkan penerbangan mereka sepatutnya berlepas ke Jeddah, Arab Saudi, kira-kira 6 petang semalam namun tiada seorang pun kelibat wakil agensi pelancongan tampil menguruskan mereka.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Kasihannya Ibu, Ayah Berpuluh Tahun Simpan Duit” – Ditipu Agensi, Hampir 400 Bakal Jemaah Haji Terkandas Di KLIA

Susulan itu, salah seorang daripada 380 jemaah haji yang terkandas di KLIA mendedahkan perbualan bersama wakil ejen yang bergelar ‘Tan Sri’.

Individu tersebut memuat naik beberapa video perbualan dan kejadian semasa berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi akaun TikTok miliknya.

Meskipun kecewa dan berang atas apa yang berlaku, wanita yang berusia 52 tahun bernama Marina Abu Zahar sempat menitipkan pesanan ‘pedas’ kepada ‘Tan Sri’ berkenaan.

“Saya cuma nak beritahu kepada ‘Tan Sri’, tolonglah sedar. Jangan permainkan agama, jangan perkotak-katikkan perasaan orang nak pergi haji.

“Bukan senang orang nak lalui benda ini, kami faham mungkin nama kami tidak dipanggil Allah, kami reda. Tolong jangan buat macam ni, terutama kepada orang kampung yang susah payah,”ujarnya.

@noorhanaatiqah2

Kami stay mengharapkan ada flight lagi tengah2 malam tu. tapi! Passport pun takde dekat airport! Visa memang tak apply. Manusia bertopengkan setan. #fyp #haji #scam #travelscam #uctravel

♬ original sound – Hana Ibrahim – Hana Ibrahim

Namun begitu, respons daripada wakil agensi tersebut telah menambahkan ‘bara’ kepada mangsa ‘scammer’ jemaah haji tersebut yang berdalih dan enggan berbincang dengan lebih lanjut mengenai isu ini semasa dihubungi.

“Saya tak cancel flight. Saya malas nak bincang, saya bukan owner, mana ada cancel,” ujar salah seorang wakil agensi pelancongan.

Menerusi video yang lain, individu tersebut turut mendedahkan pihak agensi pelancongan ‘scammer’ berjaya menipu wang sebanyak RM14 juta dan kini keberadaan si pelaku masih tiada jawapan.

@noorhanaatiqah2

Dari 28 hb kau tukar 4. Lepas tu 5. Sampai ke 7 hb. Last flight pun masih tak ada nama & visa. Dalang nya Haji & Dato. Hilang tanpa dikesan! #fyp #haji #scammers

♬ original sound – Hana Ibrahim – Hana Ibrahim

Sumber: TikTok

Aqilah Paharuzi