Featured By: Dharnieya Nur Amelsa November 4, 2022 @ 7:32pm

Yana Lancar Lagu Balada “Escape”, Inspirasi Kisah Cara Mencintai Diri Sendiri

Muncul dengan identiti muzik tersendiri sejak awal kemunculan, Yana yang dahulunya menggunakan nama Shalma Eliana kini terus melangkah jauh mempertaruhkan kelebihan dan bakat yang ada pada dirinya.

Selepas beberapa single seperti Janji Terindah, Aroma, Rambang, Your Loss, I Need You dan Hati, kini Yana muncul kembali dengan single barunya, Escape.

Menurut Yana, Escape merupakan lagu yang dijadikan sebagai situasi hidupnya untuk memotivasikan diri bagi mencari erti cinta dirinya sebenar.

Bukan itu sahaja, Escape ialah lagu yang bertitik tolak daripada tempoh dia mengalami kesulitan mencari ketenangan dan keseimbangan diri dalam masa-masa yang mencabar.

“Lagu ini berkaitan cuba lari daripada fikiran tak diingini dan negatif di mana saya harus bergantung kepada diri sendiri bagi mencintai diri saya supaya mampu perangi anasir jahat dalam fikiran dan diterjemah ke sebuah baris lagu ini iaitu ‘Can you be my escape’,” ujarnya.

Dalam pada itu, Yana memberi kepercayaan kepada pengarah dan pasukan produksi Creative Junkies untuk tentukan hala tuju muzik video Escape ini demi memastikan visualnya menggambarkan emosi serta visi yang sempurna.

“Kami memilih konsep lebih abstrak tapi ada pendekatan editorial untuk mewakili pemikiran mendalam saya dan tunjukkan kepada peminat betapa menyulitkan pengalaman saya cuba terus maju ke depan dalam kehidupan realiti,” katanya lagi.

Dengan pelancaran lagu ini, Yana berharap peminatnya dapat bertemu dengan ketenangan yang dicari selain jadikan ini sebuah mesej sebagai cara melepaskan diri setiap kali berdepan dengan masa sulit.

“Harapan saya untuk lagu ini adalah ia mampu kaitkan kisah pendengar dengan cerita hidup saya. Semoga mereka tidak akan pernah rasa sunyi lagi, pelik atau tidak selesa sepanjang menjalani perjalanan hidup masing-masing,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 11 Jan 2020
Hiburan Thu, 4 Jan 2018

ZARINA ZAINUDDIN DIHALAU DAN DITENGKING. TIPIKAL MELAYU, MEMANG SELALU DENGKI!

Walaupun perniagaannya ini tidak menjana keuntungan malah telah mengalami kerugian pada hari tersebut, Zarina turut menyatakan bahawa pahala untuknya kerana telah menyedekahkan makanan yang sepatutnya dijual pada hari tersebut kepada orang ramai

Hiburan Thu, 13 Apr 2023
Trending Mon, 30 Dec 2019

Bangunan Perkeso Kota Bharu Diserang ‘Pengamuk’

Meminta untuk segera mengosongkan bangunan kerana ada serangan amukan

Trending Mon, 21 Oct 2019