Categories: Trending

KKM Cadang Pinda Akta 342 Untuk Tangguh Pilihan Raya

Kementerian Kesihatan (KKM) berpendapat pilihan raya umum (PRU) tidak sesuai untuk diadakan ketika Malaysia masih bergelut dengan penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Sri Dr Noor Hisham Abdullah, KKM tidak ada kuasa untuk menangguhkan pilihan raya buat masa ini. 

Justeru, beliau berharap cadangan untuk meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dapat disegerakan.

Perancangan Pinda Akta Sudah Dihantar Kepada Peguam Negara- Dr Hisham

“Pindaan Akta 342 untuk melihat jika KKM mempunyai lebih kuasa mengatasi akta lain dalam Perlembagaan, termasuk membabitkan proses pilihan raya dan perkara lain.

“Ini sesuatu yang kita perlu rujuk kepada Peguam Negara. Sebaik-baiknya kita tangguhkan (pilihan raya) kalau kita ada kuasa.

Dr Noor Hisham berkata cadangan meminda Akta 342 yang digubal sejak 1988 sudah dibuat sebelum negara dilanda COVID-19 lagi, namun disebabkan pandemik melanda akta akta sedia ada perlu digunakan.

“Perancangan untuk pindaan akta itu sudah dihantar kepada Peguam Negara dan diharap ia dapat dilaksanakan secepat mungkin,” katanya.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”