Categories: Trending

Adik Positif Covid-19, Senator Ras Adiba Jalani Kuarantin

Bekas personaliti TV3 yang juga Ahli Dewan Negara, Senator Ras Adiba Radzi kini dilaporkan menjalani ujian swab dan kuarantin di rumah setelah adiknya, dilaporkan positif  (Covid-19).

Menurut beliau, adiknya, Ras Afiona disahkan positif wabak itu selepas menjalani ujian saringan baru-baru ini dan kini sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Menerusi akaun Instagram rasmi, Ras Adiba memuat naik kenyataan akhbar mengenai keadaan terbaru dirinya.

Beliau juga sempat memohon maaf but semua kepada mana-mana pihak yang terbabit berikutan situasi tersebut. 
Semoga Ras Adiba dan keluarga selamat menjalani kuarantin dengan baik. #Kitajagakita

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”