Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin February 26, 2021 @ 3:02pm

Kompaun RM10,000 Jika Langgar SOP Bermula…

Walaupun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telahpun dijalankan mengikut fasa di negeri masing-masing namun, masih terdapat segelintir masyarakat kita yang sering mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) walaupun pelbagai kelonggaran telah diberikan kerajaan.

Justeru itu, bermula 11 Mac ini kompaun sehingga RM10,000 boleh dikenakan kepada individu yang melanggar SOP.

Ianya adalah berdasarkan paparan di e-Warta Persekutuan, menerusi Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang diwartakan hari ini.

Menerusi pindaan itu juga, syarikat atau pertubuhan yang melakukan kesalahan sama boleh dikenakan kompaun sehingga maksimum RM50,000.

Orang ramai boleh ditangkap jika…

Sumber : Google

Selain itu, orang ramai yang melakukan kesalahan Ordinan Darurat boleh ditangkap, manakala individu dijangkiti atau disyaki terkena jangkitan atau menjadi kontak pula boleh dipakaikan dengan peranti pengesanan.

Pemasyhuran ordinan itu dibuat Yang di-Pertuan Agong yang berpuas hati tindakan serta-merta dikehendaki bagi meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Manakala, kadar kompaun dinaikkan susulan penggantian Seksyen 25 yang memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Kesihatan atau mana-mana pegawai kesihatan yang diberi kuasa oleh Pendakwa Raya.

Bagi kesalahan yang tiada penalti diperuntukkan dengan nyata kini boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjara maksimum tujuh tahun atau kedua-duanya sekali termaktub dalam Pindaan terhadap penalti am mengikut Seksyen 24 Ordinan sama.

 

 

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 19 Oct 2022

[VIDEO] “Untunglah! Boleh Sleepcall Dengan Sajat” – Netizen Terhibur ‘Layan’ Sajat Berdengkur Di TikTok

Usahawan selebriti, Nur Sajat Kamaruzzaman sekali lagi mengundang tawa warganet apabila tindakannya tertidur ketika sesi live di TikTok tular sejak semalam. Menerusi video berdurasi 40 saat yang di kongsi oleh @rolexnotforex di akaun TikToknya, Sajat […]

#LaguXTRA Thu, 27 Apr 2023
Featured Fri, 26 Feb 2021
Hiburan Thu, 23 Apr 2026

Tampilkan Khadijah Ibrahim, Salamiah Hassan, Asmidar & Shiha Zikir, MPO Angkat Legasi Sharifah Aini Menerusi Konsert Istimewa Di DFP

Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) bakal mempersembahkan konsert penghormatan khas berjudul A Tribute to Sharifah Aini bagi meraikan legasi Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini pada 6 Jun 2026.

Trending Wed, 21 Aug 2019

Kanak-Kanak Leka Main Basikal Maut Kerana Anjing ”Pit Bull”

Kanak-Kanak Leka Main Basikal Maut Jadi Mangsa Serangan Buas Kumpulan Anjing ”Pit Bull”

error: Content is protected !!