Categories: Trending

Kompaun RM1,500 Bagi Individu Langgar SOP Dengan Kesalahan Kecil

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, memaklumkan individu yang melakukan kesalahan kecil berhubung pematuhan oprasi standard (SOP) hanya akan dikenakan kompaun sebanyak RM1,500.

 

Kesalahan itu meliputi TIDAK memakai pelitup muka, gagal menjaga penjarakan fizikal dan tidak mendaftar melalui aplikasi MySejahtera atau merekod butiran diri ketika memasuki premis.

 

Perkara ini adalah ketetapan baharu yang diputuskan oleh kerajaan susulan mesyuarat Kabinet yang dijalankan pada hari ini.

 

Sumber : Google

 

Garis panduan itu membahagikan jenis kesalahan kepada tiga kategori, manakala kompaun pula dihadkan kepada kadar tertentu mengikut jenis kesalahan, selain menetapkan diskaun berdasarkan tempoh bayaran dibuat.

 

Selain itu, kerajaan juga memuktamadkan Garis Panduan Penetapan dan Pengurangan Nilai Kompaun bagi kesalahan dilakukan mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

 

Terdahulu, terdapat kekeliruan mengenai pelaksanaan kompaun sebanyak RM10,000 kepada individu dan RM50,000 kepada syarikat dan perbadanan.

 

ARTIKEL BERKAITAN : Kompaun RM10,000 Jika Langgar SOP Bermula…

ARTIKEL BERKAITAN : “Tak Pakai Pelitup Muka Tak Wajar Disaman RM 10,000”- Kerajaan Akan Perincikan Kesalahan Layak Dikompaun

ARTIKEL BERKAITAN : Individu Langgar SOP Akan Dikenakan Kompaun Dan Denda Yang Tinggi – Ismail Sabri

Salma Syahbuddin