Categories: Trending

i-Sinar : Semakan Pindaan Amaun Pengeluaran Boleh Dibuat Bermula 18 Mac Ini

Selepas ramai ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak melepaskan peluang untuk meminda dan membuat permohonan baharu pengeluaran i-Sinar tanpa syarat sejak 8 Mac lalu, kini pemohon sudah boleh menyemak pindaan amaun pengeluaran bermula esok, 18 Mac 2021.

 

Kemudahan ini dilaksanakan kerana ramai pemohon yang telah membuat kesilapan mengenai jumlah amaun pengeluaran yang dibuat.

 

Jadi, bagi mereka yang belum menerima maklum balas daripada pihak KWSP, jangan risau anda boleh membuat semakan tersebut bermula esok di kaunter KWSP ATAU melalui portal rasmi i-Sinar di isinar.kwsp.gov.my

 

Namun, harus diingat berikut merupakan perkara penting sebelum pemohon membuat pindaan amaun :

  1. Pastikan pemohon mempunyai maklumat permohonan pengeluaran i-Sinar terdahulu sebagai rujukan
  2. Pemohon boleh mengemaskini nombor telefon dan maklumat berkaitan pembayaran seperti akaun bank, amaun pengeluaran dan kaedah pembayaran

 

Panduan menukar amauan pengeluaran

Manakala, berikut pula merupakan cara pemohon menukar amaun pengeluaran :

  1. Layari portal rasmi i-sinar di isinar.kwsp.gov.my
  2. Klik pada Pindaan Pengeluaran kemudian masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon anda.
  3. Klik pada butang Teruskan
  4. Sahkan OTP anda yang akan dihantar melalui mesej
  5. Sahkan nombor telefon dan alamat
  6. Pilih jumlah baru. *Anda tidak boleh membuat pindaan amaun sekiranya anda pernah memohon sebanyak RM 10,000*
  7. Jika selesai membuat pindaan amaun, klik pengesahan dan ‘saya bukan robot’ kemudian klik sahkan.

 

Namun, ahli juga boleh meminda jumlah permohonan pengeluaran namun ianya tertakluk kepada jumlah maksimum kelayakan ketika permohonan asal dibuat.

 

Untuk maklumat lanjut berkaitan semakan pindaan amaun pengeluaran ini bolehlah terus ke kaunter cawangan yang berdekatan ATAU layari portal rasmi KWSP di  isinar.kwsp.gov.my .

 

ARTIKEL BERKAITAN : Jom Semak! Ini Cara Mudah Menukar Amaun i-Sinar Anda Secara Online

ARTIKEL BERKAITAN : i-Sinar : Lebih Ramai Ahli KWSP Buat Permohonan Baharu & Pindaan Pengeluaran

ARTIKEL BERKAITAN : Bayaran i-Sinar Dibuat Bermula 2 Mac 2021, Status TIDAK BERJAYA Perlu Mohon Semula Pada…

Salma Syahbuddin