Categories: Trending

Kritik Atas Talian, Trump Tidak Boleh Sekat Pengguna Twitter!

Walaupun presiden mempunyai hak kebebasan bersuara tertentu, ia tidak boleh melanggar hak pengguna Twitter lain.

Hakim Naomi Reice Buchwald memberitahu Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tidak boleh menyekat pengguna Twitter daripada melihat profil dalam taliannya berdasarkan pendapat politik mereka.

Katanya, “ Menyekat akses ke akaun @realDonaldTrump milik presiden tersebut dianggap melanggar hak kebebasan bersuara yang dijamin dalam Pindaan Pertama Perlembagaan.

“Kes ini memerlukan kita untuk mempertimbangkan sama ada pegawai awam boleh, selaras dengan Pindaan Pertama, ‘menyekat’ seseorang dari akaun Twitternya sebagai tindak balas terhadap pandangan politik yang telah dinyatakannya, dan sama ada analisis itu berbeza kerana pegawai awam itu adalah Presiden Amerika Syarikat.

“Jawapan kedua-dua soalan itu adalah tidak,” kata hakim tersebut.

Kes terhadap Trump dihadapkan ke mahkamah oleh The Knight First Amendment Institute yang mewakili tujuh pengguna Twitter yang disekat presiden berkenaan kerana mengkritik dan mengutuknya atas talian.

Dalam keputusan semalam, mahkamah bersetuju bahawa sosial media terbabit dianggap sebagai ‘ laman forum awam’ untuk semua rakyat AS.

Trump mempunyai lebih 52 juta pengikut Twitter sejak menyertainya pada Mac 2009 dan beliau menggunakan laman tersebut sebagai medium untuk membuat pelbagai pengumuman dasar rasmi negara.

Sumber: BBC

SGMS Faida