Categories: Trending

Kurangkan Tekanan Kepada Murid, UPSR Bakal Dimansuhkan?

Hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memansuhkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) ternyata mendapat pelbagai reaksi positif yang menyifatkan ianya bertepatan dengan dasar pendidikan negara.

Kurangkan tekanan murid

Menurut Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Aminuddin Awang memaklumkan, langkah ini disambut baik oleh NUTP kerana ia sekaligus membolehkan guru memberi fokus kepada murid secara menyeluruh.

Malah, ianya juga dapat mengurangkan tekanan kepada murid kerana mereka boleh belajar mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan kerana, sebelum ini, UPSR dilihat sebagai medium persaingan murid untuk memasuki sekolah berasrama penuh  dengan keputusan yang cemerlang.

“Perkembangan ini sudah pastinya meliputi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia,” katanya mengulas langkah KPM dalam peringkat akhir kajian untuk memansuhkan UPSR.

Terdahulu, Timbalan Menteri Pendidikan I, Muslimin Yahaya berkata, keputusan muktamad mengenai pemansuhan itu akan dibuat tidak lama lagi.

Sumber : BH

Salma Syahbuddin