Categories: Trending

KWSP Lanjut Tarikh Bayar Caruman Kepada 30 Disember

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melanjutkan tarikh untuk majikan membuat bayaran caruman wajib daripada 15 September kepada 30 Disember 2020.

KWSP sebelum ini sudah melanjutkan tarikh bayaran caruman terbabit bagi April hingga Ogos 2020, dengan tujuan meringankan beban majikan berikutan keadaan semasa yang tidak menentu disebabkan pandemik Covid-19.

KWSP menerusi satu kenyataan hari ini berkata, keputusan untuk meneruskan fleksibiliti ini adalah sejajar dengan pengumuman kerajaan baru-baru ini untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Disember 2020.

“Majikan boleh membuat bayaran caruman melalui portal i-Akaun (Majikan) dalam laman sesawang KWSP, perbankan Internet ataupun di kaunter bank yang dilantik,” katanya.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”