Categories: FeaturedTrending

Lanjutan PKP 2.0 Bakal Diketahui Pada Hari…

Status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang masih berkuat kuasa di empat negeri ketika ini akan diumumkan esok, kata Menteri Kanan Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN), dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, petang ini.

“Alhamdulillah dengan sokongan rakyat dan banyak pihak memberikan pandangan, kita membuat keputusan yang baik setakat ini.”

“Kita akan terus berbuat demikian, Insya-Allah ia akan diumumkan esok,” katanya.

Beliau berkata, keputusan sama ada ia akan dilanjut atau ditamatkan selepas 4 Mac ini akan diputuskan selepas Kementerian Kesihatan (KKM) membentangkan penilaian risiko dalam sidang khas itu.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”