Categories: FeaturedTrending

Lanjutkan PKP Tapi Benarkan PKS Beroperasi – Pakar

Keputusan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) bakal diumumkan hari ini, jika dilihat dari peningkatan kes, PKP wajar dilanjutkan.

Namun, menurut Pakar Kesihatan Pekerjaan, Kecemasan Dan Kesihatan Awam, Dr Hanafiah Bashirun  keadaan ekonomi yang semakin menghimpit juga perlu diambil kira agar kesihatan dan pendapatan dapat diimbangi.

Ramai yang keluar rumah untuk bekerja terutama mereka yang bergantung kepada pendapatan harian sepanjang pelaksanaan PKP 2.0.

Rakyat kini dihimpit dengan kos sara hidup yang tinggi dan memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan.

“Apa yang penting kini kerajaan mencari punca utama masalah yang menyumbang kepada kenaikan mendadak kes Covid-19 seperti kilang dan tapak bina.

“Jika dua sektor utama ini dapat dikawal dan diperketatkan dari segi prosedur operasi standard (SOP) ia boleh mengurangkan kes harian,” katanya ketika dihubungi oleh Metro, hari ini.

Beliau berkata, penutupan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tidak memberi impak dalam menurunkan kes Covid-19 kerana ia tidak menyumbang kepada kenaikan kadar harian seperti perkilangan dan tapak binaan.

Untuk itu, katanya, adalah lebih baik sektor PKS dibenarkan beroperasi, manakala tumpuan pencegahan wabak kepada industri utama yang menjadi penyumbang kenaikan kes.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”