Categories: Trending

Larangan Rentas Negeri Jadi Hambatan

Cabaran warga dunia yang ditempuhi pada tahun 2020 terutamanya ketika menjelangnya bulan Ramadan dan Aidilfitri cukup memberi impak yang besar lantaran penularan wabak Covid-19.

Selain ibadah, kegiatan perniagaan termasuklah kemeriahan di bazar ramadan ibaratnya sudah hilang seri. Namun, tahun ini kerajaan telah memutuskan beberapa kelonggaran yang pastinya bakal mengubat kerinduan umat Islam kepada Ramadan yang cukup luar biasa tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN : Operasi Bazar Ramadan, Aidilfitri & Solat Terawih Dibenarkan Di Seluruh Negara

Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri telah bersetuju memberi kebenaran kepada semua masjid dan surau untuk melakukan aktiviti pengimarahan ramadan mengikut prosedur operasi standard  (SOP) yang ditetapkan. Solat sunat tarawih, tadarus al-quran juga adalah dibenarkan.

Bazar ramadan menjadi antara rutin setiap tahunan yang amat dinanti-nantikan bukan sahaja kepada pembeli tetapi kepada mereka yang bergelar peniaga. Ada antara peniaga juga yang sanggup mengambil cuti tanpa gaji semata-mata mahu fokus kepada perniagaan sepanjang ramadan.

Beberapa Majlis Agama Islam Negeri  telah membenarkan masjid dan surau mengadakan majlis untuk berbuka puasa. Bagaimanapun, ianya terpulang kepada SOP ketat yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam negeri masing-masing termasuklah syarat premis, dan jumlah jemaah.

Bagi negeri yang tidak membenarkan berbuka puasa di masjid dan surau, jawatankuasa kariah adalah digalakkkan untuk  memberi sumbangan berbuka puasa kepada golongan yang memerlukan dan menyediakan makanan secara berbungkus selepas solat tarawih untuk dibawa pulang kepada jemaah.

Namun, masih ada segelintir masyarakat Malaysia yang akan menjalani ramadan sama seperti tahun lalu. Secara kebiasaannya, ramai yang akan mengambil cuti pada 1 Ramadan untuk pulang ke kampung. Namun larangan rentas negeri yang masih dikuatkuasakan sehingga 14 April ini pastinya akan menghambat rasa sayu terutamanya kepada mereka yang bergelar perantau pada 1 Ramadan yang dijangka jatuh pada 13 April 2021.

 

 

Sumber : Awani

Salma Syahbuddin