Categories: Trending

“Lebam Mata Menangis Tengok Perutusan… Thank You, Abah!” – Netizen Sebak Muhyiddin Yassin Lepas Jawatan

Walaupun pelbagai dugaan dan desas-desus politik melanda negara, pastinya hari ini merupakan hari pilu buat seluruh rakyat Malaysia apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan mengenai peletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri berakhir pada hari ini.

Malah, semasa Perutusan Khas berlangsung, kelihatan Muhyiddin juga tidak dapat menahan sebak sekaligus mengundang sedih dalam kalangan warganet.

“Lebam mata nangis tengok perutusan khas!”

Begitulah antara komen yang ditinggalkan oleh rata-rata warganet menerusi pemerhatian Xtra dilaman sosial Twitter sebaik sahaja Perdana Menteri mengesahkan peletakan jawatan beliau.

Bagaimanapun, ramai berharap agar Perdana Menteri seterusnya memikul tanggunngjawab mentadbir negara dengan jujur dan amanah atau lebih baik lagi sepertimana yang dilakukan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 

Salma Syahbuddin