Categories: Trending

Lelaki Ini Diserang Pepijat Ketika Menonton Wayang Di GSC Mid Valley. Takutnya!

Siapa sangka pengalaman menonton filem seram bertukar menjadi pengalaman yang pahit apabila salah seorang penonton di GSC Mid Valley diserang serangga pepijat ketika menonton filem ‘The Nun’.

Perkongsian mangsa serangan di Facebook turut menarik perhatian GSC untuk membuat rawatan serangga perosak serta memandang isu ini secara serius agar masalah ini tidak berulang lagi.

Mangsa, Damien Chen pada mulanya berasa tidak selesa sewaktu menonton wayang serta berasa gatal-gatal di bahagian belakang badannya.

Dia yang merasakan kegatalan tersebut berpunca daripada gigitan nyamuk pada mulanya tidak mengambil serius sehinggalah dia merasakan badannya terlalu gatal. Dia kemudiannya menjumpai serangga pepijat pada tempat duduknya.

Melihat kepada jumlah pepijat yang banyak, dia bersama teman wanitanya mengambil keputusan untuk terus keluar daripada dewan pawagam seterusnya membuat laporan secara terus kepada GSC Mid Valley. Mereka juga turut mendapat bayaran balik secara terus daripada pihak kaunter.

Berikutan dengan kejadian itu, pihak GSC berjanji untuk melakukan pembersihan terhadap kesemua tempat duduk pawagamnya.

Penulis harap, semua pihak pawagam mengambil iktibar daripada kejadian ini dan perlu memberi penekanan terhadap isu serangga pepijat ini agar tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Sumber: The Star

tex_admin