Categories: Trending

Majikan Boleh Kekalkan 11 Peratus Caruman KWSP Kepada Pekerja Bermula…

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan, majikan boleh mendaftar permohonan pekerja mereka bagi mengekalkan caruman sebanyak 11 peratus bermula 14 Disember ini.

Namun, pendaftaran permohonan ini hanya boleh dilakukan melalui portal i-Akaun (Majikan).

Selain itu, majikan hanya boleh hadir ke cawangan KWSP untuk tujuan pendaftaran majikan dengan membuat temu janji terlebih dahulu melalui sistem Janji Temu Online di www.kwsp.gov.my/janjitemu.

Pembayaran boleh dibuat menerusi

Pihak KWSP juga memaklumkan, pembayaran caruman bulanan KWSP serat caj lewat bayar dan dividen boleh dibuat melalui i-Akaun (Majikan), perbankan internet, dan kaunter ejen bank yang dilantik.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai KWSP, boleh hubungi 03-8922 6000 ATAU layari laman web www.kwsp.gov.my

Sumber : Bernama

Salma Syahbuddin