Categories: Trending

Majikan Di Malaysia Dilarang Menghantar WhatsApp Selepas Waktu Bekerja, Kata Presiden MTUC

Rasanya hampir semua orang Malaysia sekarang pakai aplikasi mesej WhatsApp atau yang sewaktu dengannya bila nak berkomunikasi dengan keluarga atau teman.

Memandangkan semua orang biasa pakai, untuk hal-hal kerja pun kita guna. Tak ada masalah sebenarnya kerana ia memang memudahkan perantaraan antara pengguna.

Yang tak syoknya, selepas waktu bekerja pun ramai majikan di Malaysia masih menggunakannya untuk berkomunikasi tentang kerja dengan stafnya.

Ini tak patut kerana sebaik saja kita dah key out dari pejabat, kita tak patut fikir pasal kerja dah dan boleh berehat.

Tapi kadang-kadang walaupun kita tengah bercuti tak kiralah di dalam negara ataupun di luar, masa itu pun boss kita nak kacau. Anda pernah alami situasi sebegini, kan? Stres!

Tahukah anda, jika mengikut undang-undang, majikan anda tak berhak untuk berbuat demikian?

Itulah apa yang ditegaskan oleh presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Datuk Abdul Halim Mansor menerusi sebuah temu bual dengan Berita TV9 Disember lalu.

Foto: NSTP/Hafiz Sohaimi

“Jika seorang majikan itu betul-betul memerlukan stafnya untuk bekerja, pihak syarikat patut menghubungi staf tersebut melalui panggilan atau menjemputnya sendiri dari tempat tinggalnya.

“Apa jua aplikasi media sosial tidak boleh dianggap sebagai medium komunikasi rasmi walaupun ia mudah digunakan,” kata Abdul Halim.

Dia berpendapat yang undang-undang sedia ada dalam Akta Kerja 1955 tidak lagi relevan kerana ia tak mengambil kira perkembangan teknologi semasa.

Menurut Seksyen 60A (1) dalam Akta Kerja 1955, seseorang itu tak boleh bekerja lebih daripada 5 jam berturut-turut tanpa rehat selama sekurang-kurangnya 30 minit; tak lebih daripada 8 jam sehari atau 48 jam seminggu.

Jika waktu kerja melebihi tempoh tersebut, dia berhak untuk meminta bayaran overtime. Hmm… jadi maknanya jika kita membalas mesej WhatsApp oleh boss selepas waktu pejabat, adakah itu pun dikira overtime?

Yang pastinya, jika seseorang pekerja itu ‘diganggu’ oleh majikannya selepas waktu bekerja, dia memang akan rasa tertekan lebih-lebih lagi kerana itulah waktu yang dia patut luangkan bersama keluarga atau rakan.

Abdul Halim mengesyorkan kerajaan agar Akta Kerja 1955 diperbaharui dan undang-undang yang lebih jelas mengenai isu ini dikuatkuasakan.

Jika anda ingin menonton siaran Berita TV9 yang menampilkan temu bual dengan Abdul Halim, saksikan video di bawah.

Sumber: World Of Buzz

Ad Ops