Janji Lain Dapat Lain, Aishah Kecewa Dipermainkan Lagi?

Penyanyi Aishah pernah menyuarakan kekecewaanya selepas rasa ‘ditipu’ apabila masih belum menerima sebidang tanah lot banglo selepas hampir setahun menjuarai program nyanyian realiti itu.

Siapa tak marah kan? Program itu juga sudah memasuki musim terbaru. 

Menerusi laman Instagram penyanyi terkenal dengan lagu Janji Manismu ini, Aishah sekali lagi meluahkan kekecewaannya apabila saiz tanah yang bakal diberikan tidak seperti apa yang dijanjikan.

“ Tak taulah nak nangis ke nak ketawa. Dahlah susah payah nak tuntuh hadiah, siap dengan maki hamunnya, sekarang diberitahu yang tanah yang dijanjikan bukanlah lot banglo. Tapi tanah yang lebih kecil.

“ Katanya itulah perjanjian dengan badan penyiaran. Wow!!! Hampir setahun baru nak bagi tahu. So yang diwar warkan dalam TV tu tak betullah ye? Kesilapan atau saja buat untuk gempakkan program? Hadoiiii… I am speechless,” tulisnya di Instagram, hari ini.

Dalam pada itu, rata-rata netizen memberikan kata semangat buat penyanyi kesayangan mereka ini untuk berjuang menuntut keadilan sewajarnya. 


SGMS Faida