Lagi pertambahan sebanyak 39 kes baharu positif Covid-19 selepas jumlah kes meningkat satu digit pada Isnin.
Menurut Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, daripada 39 kes baharu itu, 28 kes membabitkan penularan tempatan di dalam negara, dan baki 11 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.
“Ada 39 kes baharu Covid-19 hari ini, termasuk 28 kes jangkitan tempatan. Tiada kematian baharu tetapi ada 2 kluster baharu”
KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat 2 buah kluster baharu yang telah dikenalpasti hari ini, iaitu kluster PUI Sivagangga, India dan Kluster Satok.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan ada enam kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini dengan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 8,607 kes, 96.24 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Beliau berkata, daripada keseluruhan 8,943 kes kumulatif Covid-19 di Malaysia, kes aktif dan kebolehjangkitan sebanyak 212 kes. Dan, hanya satu kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan satu lagi memerlukan bantuan pernafasan.
Tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini.
Cantiknya baju Afifah... ada juga yang kritik
Syoknya dah halal! Selamat Pengantin Baru, Afifah & Husband!
Sedih pula dengar luahan hati Aliff Aziz untuk Bella...
Kita hormat keputusan Syasya okay.. Apa apun, Dolla sentiasa di hati!
Wah, MK jadi jahat!