Categories: Trending

Malaysia Diiktiraf Antara Negara Paling Berjaya Lawan COVID-19 Di Dunia

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa Malaysia merupakan antara negara yang paling berjaya melawan pandemik COVID-19 di dunia.

Jelas beliau, negara kita telah berjaya menempuh satu tempoh masa yang amat mencabar semasa menangani wabak COVID-19 yang melanda dunia baru-baru ini.

“Tapi berkat usaha, kesungguhan dan diri kita semua. maka Malaysia hari ini telah pun dapat dikatakan berjaya untuk menguruskan wabak ini ke satu tahap yang boleh kita katakan, membanggakan.

“Malaysia hari ini telah pun diiktiraf berjaya menguruskan wabak COVID-19 dan dikatakan antara negara yang amat berjaya di dunia. Alhamdulillah,” katanya dalam perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya, hari ini.

Tokok beliau lagi, kejayaan yang diperolehi kini merupakan hasil kesungguhan dan kerjasama yang diberikan oleh banyak pihak terutamanya pekerja barisan hadapan sehingga ke rakyat jelata.

“Saya nak mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penjawat awam yang terlibat, (iaitu) the fronliners, doktor, jururawat, tentera, polis, anggota-anggota MKN, NADMA, JKM (dan) mereka-mereka yang berada di barisan hadapan yang tidak dapat saya sebutkan satu-persatu,” jelas Muhyiddin lagi.

Sumber: Facebook Tan Sri Muhyiddin Yassin

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover