Categories: FeaturedTrending

Malaysia Pertaruh Perahu Bangau, Thailand Berbangga Dengan Kostum Gajah

Miss Universe 2018,  just around the corner! 

Sesiapapun yang bakal dinobatkan dengan gelaran itu, mereka sememangnya layak memandangkan semua pun cantik-cantik selain mempunyai latar belakang akademik yang hebat!

Bercakap mengenai pertandingan ratu cantik ini yang terbahagi kepada beberapa pusingan, satu segmen paling dinanti-nantikan adalah kostum nasional, yang diilham berdasarkan signature ikonik sesebuah negara.

Thailand, cukup terkenal sebagai contender utama dalam kategori ini bahkan untuk edisi Miss Universe 2018, negara itu sekali lagi tampil kreatif menerusi kostum mereka yang bertemakan gajah.

Foto: Foto: coconuts.co

Kostum itu melambangkan kepentingan gajah dalam sejarah Thailand, yang mana haiwan itu merupakan tunggangan pahlawan sewaktu peperangan, dan menjadi lambang kekuatan keseluruhan kerajaan itu.

Dilengkapi hud putih yang direka berbentuk belalai gajah, ia merupakan hasil cetusan idea penata gaya, Theer Phasuk.

Miss Universe Thailand, Sophida Kanchanarin, bakal memperagakan kostum itu di acara Miss Universe yang bakal berlangsung di Bangkok, Disember depan.

Malaysia pula akan memberi saingan menerusi kostum ‘perahu bangau’ rekaan Salleh Hamid yang bakal digayakan Miss Universe Malaysia, Jane Teoh.

Foto: Astro Awani

Sumber: Astro Awani

Yanie Baharom