Categories: Trending

Malaysia Tidak Lupa Salur Bantuan Covid-19 Buat Palestin

Walaupun negara kita dalam fasa PKPB, namun itu bukanlah penghalang untuk Malaysia menghantar bantuan perubatan buat rakyat Palestin yang memerlukan terutamanya dalam memerangi wabak Covid-19.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, sumbangan perubatan itu dihantar menggunakan pesawat khas Air Asia untuk diberikan kepada kanak-kanak dan penduduk disana.

Menurut beliau, bantuan itu adalah susulan perbincangan di antara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bagi membantu rakyat di negara itu menangani pandemik COVID-19.

“Semoga sumbangan dari Malaysia ini sedikit sebanyak dapat membantu rakyat Palestin memerangi COVID-19, insyaAllah,” katanya.

Bantuan yang dihulurkan itu terdiri daripada 1 juta pelitup muka, 500,000 unit sarung tangan getah dan 500 unit pelindung muka.

Sumber : Berita Harian

Salma Syahbuddin