Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd November 5, 2020 @ 4:03pm

Mas Idayu Jadi Juri Cinta! Agaknya Mummy Garang Ke Tak Nanti Dalam LCK2?

Setelah musim pertama berjaya memikat hati penonton, nampaknya Lagu Cinta Kita musim kedua kembali lagi untuk memberikan “kejutan” buat semua. 

Salah satu kejutan yang bakal diberikan adalah penampilan Mas Idayu atau Mommy sebagai juri tetap di samping Hael Hussaini.

Sememangnya ramai yang tahu personaliti  Mommy sebagai juri yang agak “menakutkan”, beliau pernah mengejutkan Indonesia apabila tampil menjadi juri di sebuah program realiti nyanyian.

Komen Mommy kepada peserta Malaysia, Baby Shima menimbulkan kontroversi sehinggakan ayat ‘ada nampak mommy happy?’ menjadi viral di laman sosial.

 “Kalau peserta tak bagus, saya akan sakit hati” – Mas Idayu

Karakter beliau yang seakan “singa” pastinya membuatkan ramai peserta berasa gerun, apa yang pasti Mas Idayu masih akan mengekalkan karakter yang sama. 

“Saya bekerja melihat kepada situasi. Kalau peserta bagus, saya tak sakit hati tapi kalau dia tak bagus saya sakit hati.”

“Sebagai juri tetap saya menilai peserta dari minggu ke minggu, pastinya akan ada emosi yang ditonjolkan”, ujar Mas Idayu ketika ditemui di sidang media.

Buat korang yang menantikan kemunculan Mommy, jangan lupa saksikan Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) bakal bersiaran secara langsung di TV3 bermula 8 November 2020, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam selama 8 episod dan turut boleh distrim live HD di www.tonton.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 19 Nov 2018
Hiburan Sat, 9 Dec 2023
Featured Sun, 12 Sep 2021
Hiburan Sun, 11 Sep 2022
Featured Tue, 6 Dec 2022

Adrian Edy Lawat Bapa Kepada Mangsa Dibaham Buaya – “Dia Reda, Nanti Dia Akan Jumpa Anak Dia Di Syurga…”

Minggu lalu, tular sebuah perkongsian di media sosial mengenai seorang bapa gagal untuk menyelamatkan anaknya yang dibaham oleh buaya ketika sedang berkayak di Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin, Lahad Datu, Sabah. Hantaran tersebut telah mengundang […]

Trending Thu, 29 Nov 2018

Mana Pergi Sifat Kemanusiaan Bila Orang Utan Ini Dijadikan ‘Pelacur’

Kesiannya, sanggup pelaku haiwan ini menggunakan orang utan sebagai sumber pendapatan beliau?

Hiburan Mon, 21 Aug 2023

Azhar Sulaiman Buat Tawaran Nak Jual Nombor Plat MAF14, Harga Bidaan Bermula RM1.85 Juta

Fuhh cantik no tu.. Sesiapa yang berminat boleh terus lock!

error: Content is protected !!