Categories: Trending

Masjid Bertukar Kecoh, Terima Tetamu Tak Diundang

Kecoh dibuatnya bila seekor babi tiba-tiba masuk ke perkarangan Masjid Sungai Plong! Dalam kejadian yang berlaku sekitar 8 malam tadi, haiwan itu dilaporkan menyondol seorang jemaah yang sedang menunggu waktu solat Isyak.

Tidak berakhir di situ, haiwan itu kemudian terus berlari masuk ke dalam masjid. Apa lagi, bertempiaranlah semua jemaah di situ!

“Selepas lebih 30 minit, haiwan itu berjaya dihalau keluar ke pekarangan masjid. Namun, haiwan dipercayai cedera di kepala itu mengamuk dan menyondol seorang jemaah.

“Haiwan itu kemudian ditembak mati oleh seorang jemaah yang memiliki senapang patah,” kata salah seorang jemaah di situ.

Tambahnya lagi, jemaah masjid sudah memaklumkan perkara itu kepada polis.

“Jemaah masjid turut menghubungi pihak Jabatan Mufti Selangor bagi membantu menyelesaikan masalah berkenaan.

“Difahamkan, mereka akan hadir esok (hari ini) bagi membuat penilaian berkaitan masalah berkenaan,” katanya.

Difahamkan selepas insiden berkenaan, jemaah masjid menunaikan solat seperti biasa di ruang sembahyang yang tidak terjejas.

SGMS Faida