Categories: Trending

“Masya-Allah, Saya Pula Nak Nangis” – Neelofa Sebak, Kagum Lihat Elyana Tetap Senyum & Ceria Dalam Kesakitan

Selebriti dan usahawan, Neelofa sebak apabila penyanyi Elyana gembira menerima hadiah pemberiannya.

Menyuntik semangat Elyana yang sedang dirawat di hospital akibat kanser limfoma, Neelofa menghadiahkan koleksi tudung jenama Naelofar kepada pelantun lagu Kalis Rindu itu.

Difahamkan, Elyana sedang menjalani proses radioterapi selama 10 hari dan pelakon drama bersiri Dunia Bariu itu turut memasukkan susu dalam tubuh badannya memandangkan beratnya kini hanya sekitar 35 kilogram sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Berat Badan Hanya 35KG, Penyanyi Elyana Terus Kuat Lawan Kanser

“Masya-Allah, saya pula nak nangis tengok video ini. Saya kagum sebab Elyana boleh senyum dan ceria dalam kesakitan. Moga Allah kurniakan kesembuhan untuk awak,” tulis Neelofa.

Mantan pengacara Nona itu berkongsi semula video yang dimuat naik oleh Elyana di ruangan Instagram Stories miliknya.

Sebelum itu, Elyana mezahirkan rasa teruja dan gembira apabila menerima hadiah koleksi terbaharu jenama hijab kepunyaan Neelofa.

“Assalammualaikum semua, saya hari ni happy sangat. Saya dekat hospital, cerita dia saya bawa satu tudung sahaja hari itu.

“Tiba-tiba, Lofa bagi saya banyaknya tudung, ya Allah, memang rezekilah siap ada kad lagi. So sweet thank you Neelofa.

“Saya tak sabar sebenarnya nak tengok collection yang dalam box ni semua sambil-sambil masuk susu ni. Thank you Lofa, happy sangat saya,” katanya.

Padin