Categories: Trending

MATTA Cadang Lanjut Moratorium Sehingga Jun 2021

Cadangan untuk kerajaan melanjutkan tempoh moratorium sekurang-kurangnya sehingga Jun ini dalam Belanjawan 2021 telah disuarakan oleh Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA). 

Menurut MATTA, sektor pelancongan adalah antara industri terjejas teruk, ramai individu serta perniagaan berkaitannya tidak dapat membayar hutang akan menderita serta mungkin diisytiharkan muflis jika moratorium tidak dilanjutkan.

Selain itu, kerajaan juga perlu mengarahkan bank serta lain-lain institusi kewangan dan pajakan untuk menambahkan tempoh moratorium bagi membantu rakyat. 

Mohon Geran Khas 20 juta

MATTA turut memohon peruntukkan Geran Khas 20 juta untuk meningkatkan platform dalam talian dan platform e-hailing pemasaran. 

Dalam perkembangan lain, AFFINBank hari ini telah meluluskan hampir semua bantuan bayar balik pinjaman bersasar. 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”