Categories: Trending

Maut Ketika Tonton Filem Avengers: Infinity War

Demam filem adiwira paling popular ‘Avengers: Infinity War’, masih belum berakhir. Sana sini orang bercerita tentangnya!

Namun keterujaan seorang lelaki ketika menonton filem ini berakhir dengan tragedi apabila dia ditemui mati di tempat duduknya.

Menurut pegawai bertugas, lelaki berkenaan ditemui mati dengan mata terbuka. Dia dilaporkan tidak berganjak dari tempat duduk selepas filem yang berdurasi 2 jam 40 minit ini tamat.

Tambah pegawai polis Proddatur, India, mangsa yang dikenali sebagai Peddapasupula Baasha, 43, memutuskan untuk menonton filem garapan adik-beradik Russo itu sempena meraikan Hari Buruh pada 1 Mei lalu.

Hairan dengan keadaan itu, petugas bertindak menghampiri Baasha dan menanggalkan kacamata 3D yang dipakainya sebelum terkejut menemui mangsa yang tidak bergerak dengan mata terbuka.

Polis mengesahkan Baasha mati di tempat kejadian akibat akibat serangan jantung.

Mayat Baasha walau bagaimanapun telah dibawa ke hospital terdekat untuk pemeriksaan lanjut.

Sumber: The Times Of India

SGMS Faida