Trending By: Padin December 12, 2020 @ 6:37pm

Mengaku Belum Lamar Intan Ladyana, Foto Pre Wedding Hanya Gimik Lagu Baru Harris Alif?

Sebelum ini, penyanyi, pelakon dan pengacara, Harris Alif, 21, berkongsi foto berkonsepkan pra-perkahwinan menerusi akaun Instagram miliknya pada minggu lalu.

Menerusi foto terbabit, ramai yang membuat telahan yang Harris sudah melamar kekasihnya, Intan Ladyana, 38.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Foto Ala Pre Wedding, Harris Alif Bakal Berkahwin Dengan Intan Ladyana?

Menafikan perkara itu, Harris menjelaskan yang foto pemberian cincin terbabit hanyalah salah satu sedutan adegan muzik video lagu terbarunya yang berjudul Anugerah.

“Tidaklah, itu bukan cincin kahwin. Tak wujud istilah melamar sebab saya masih belum memberikan Intan sebarang cincin. Malah, cincin yang diberikan dalam muzik video terbabit adalah milik salah seorang kru yang dijadikan props.

“Biarpun Intan terlibat dalam muzik video terbabit, saya tak anggap perkara ini satu gimik. Saya  hanya berkongsi salah satu foto yang menjadi babak dalam muzik video Anugerah. Lagipun, lagu ini saya dedikasikan khas untuk Intan. Ketika saya diberikan demo lagu ini saya terus jatuh cinta dan ingin merakamnya,” kata Harris kepada Xtra.

Tambah hos program Generasi Z ini lagi, dia masih belum mempunyai sebarang perancangan untuk berkahwin dalam waktu masa terdekat.

“Sejujurnya, dalam masa terdekat, belum ada lagi sebarang perancangan menuju kea rah itu. Saya dan Intan akan beritahu kepada media apabila masanya sudah tiba. Perkara berkaitan perkahwinan atau bertemu keluarga akan dikongsikan andai kami sudah bersedia nanti.

“Namun, sekarang ini apa yang membuatkan kami gembira adalah saya mendapat maklum balas yang positif di Instagram mengenai lagu Anugerah dan hubungan kami. Ramai yang memberikan sokongan dan mendoakan yang terbaik,” katanya.

Bercerita mengenai lagu Anugerah, Harris mengakui proses pembikinan single terbarunya ini agak mencabar.

“Bagi saya sendiri, bahagian yang paling mencabar dan agak susah adalah penghayatan lagu itu. Saya perlu benar-benar mendalami untuk serasikan diri dengan keseluruhan idea Anugerah. Ini adalah lagu sulung saya bersama Sony Music Malaysia.

“Kemudian, saya juga harus memahami secara mendalam konteks dan mesej yang perlu disampaikan. Adalah dalam tiga hari memerah otak siapkan lagu ini. Begitu juga dari sudut menyalurkan emosi di mana aspek ini adalah keutamaan paling penting untuk membuatkannya lebih hidup.

“Itulah pentingnya perbincangan berterusan dengan pencipta lagu. Saya harus mengucapkan terima kasih kepada Archie Nasution yang banyak membantu untuk lancarkan penghayatan serta emosi dalam nyanyian sepanjang rakamannya” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 4 Sep 2023

“Nak Jadi Penyanyi Ke, Nak Jadi Pengemis?” – Terima DM Berbaur Hinaan, Nadeera Sebak

“Saya tak ada muka yang lawa, tak ada duit yang banyak, tak ada harta yang melimpah tapi, saya ada semangat yang tak akan luntur”. Demikian respons penyanyi berbakat, Nadeera apabila dia tampil berkongsi tangkap layar […]

Luar Negara Fri, 20 Oct 2023
Featured Tue, 21 Jun 2022
Hiburan Sat, 28 Oct 2023
Featured Sun, 28 May 2023
Featured Mon, 17 Apr 2023
Hiburan Sun, 15 Oct 2023