Categories: Trending

Mitsui Outlet Park Kini Mengadakan Sale Sehingga 90% Sempena Hujung Tahun Ini!

Hujung tahun sudah tiba, dan ini bermaksud Malaysia dah pun mula “dibanjiri” dengan year-end sale! Yay!

Salah satu tempat yang anda patut check out adalah Mitsui Outlet Park KLIA, Sepang kerana ada banyak deal yang anda tak patut lepaskan!

Dari sekarang hingga 1 Januari 2019, pusat beli belah itu akan mengadakan sale dengan potongan diskaun sehingga 90%. Banyak tuu!

Promosi ini juga melibatkan jenama-jenama kegemaran ramai seperti:

  • Nike
  • Adidas
  • PUMA
  • Mango
  • GUESS
  • Clarks
  • VOIR
  • Skechers
  • Converse
  • Polo
  • Timberland
  • Padini
  • Fred Perry
  • Versace
  • Tommy Hilfiger
  • Swarovski

Mesti ada suka mana-mana brand di atas, kan?

Foto: Mitsui Outlet Park

Foto: Mitsui Outlet Park

Foto: Mitsui Outlet Park

Selain sale ini, anda juga berpeluang untuk memenangi sebuah kereta dan percutian ke Jepun. Wah!

Ini caranya untuk bawa pulang sebuah Toyota Avanza: belanja lebih daripada RM300 dalam satu atau dua resit di Mitsui. Senang saja!

Peraduan ini akan tamat pada 1 Januari jadi jangan lambat-lambat!

Yang lebih menarik, jika anda berbelanja lebih daripada RM200 dalam satu atau dua resit di Mitsui, anda akan diberi peluang putar “roda impian” untuk memenangi peluang percutian ke Jepun!

Tarikh tutupnya ada pada 25 Disember ini, first-come first-serve.

Sempena musim perayaan ini, ada juga aktiviti lain selain shopping di Mitsui Outlet Park. Antaranya adalah teater Krismas di Sky Walk dan Christmas Card Workshop untuk anda yang minat seni kraftangan.

Semak senarai penuh di bawah ini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook Mitsui Outlet Park.

Sumber: World Of Buzz

Ad Ops