Categories: Trending

‘Nak ‘Flirt’ Kena Ada Strategi’- Lelaki Ini Kongsi Tips Cari Calon Isteri Di Facebook

Jodoh tak datang kalau tak dicari. Betul tak?

Bagi lelaki yang menggunakan nama akaun @PuteraSemot ini, jika dia tidak memulakan langkah ‘mengorat’ bekas teman sekolahnya di Facebook sembilan tahun lalu, dia mungkin masih membujang sehingga kini.

Katanya, lelaki di luar sana tidak boleh gelojoh untuk memulakan langkah pertama.

“ Kalau kau gelojoh kau akan lost crush kau. Ini nasihat terbaik dari aku. Kalau korang ikut flow, mesti akan berjaya,” tulisnya.

Mengimbau kembali perkenalan bersama isteri, dia akan meninggalkan komen di ruangan Facebook namun dilakukan secara berperingkat. Pendek kata, tak gelojohlah!

” Aku cuba elakkan untuk terus gelojoh. Girl yang garang ni still kena berhati-hati. Cuma borak benda yang biasa saja. Tanya pasal kerja ke, keluarga ke, adik beradik ke. Tak masuk lagi bab cintan-cintun. Bila sms seharian dengan dia tu dah rasa macam keperluan. Itu tandanya dah feel in love. Tapi tak declare lagi just kawan,” tulisnya.

” Aku tanya la nak tak kita kahwin? Tapi kita kawan je la dulu (ayat tarik tali ni penting guys). Disebabkan kami tak pernah bercinta, tapi kami declare as kawan rapat je. Sebulan dua lepas tu aku masuk merisik terus.

Nasihatnya lagi, kalau nak mengorat usah try so hard sangat sampai perempuan itu menyampah. Perangai annoying tu kena buang terus. 

So guys, tunggu apa lagi? Cuba komen mana-mana gambar gadis yang korang berkenan. Tapi kena ingat, jangan try so hard okay? Cool je…

Sumber: Twitter @PuteraSemot

SGMS Faida