Categories: Trending

Nekad Tinggalkan Dunia Gelap, Ketua Gangster Ini Mati Ditembak Selepas…

Jika dulu, lelaki ini seorang ketua kumpulan gengster di Denmark namun segalanya ditinggalkan atas kemahuan diri sendiri. 

Nedia Yasar nekad memulakan hidup baru dan menulis pengalaman hidup lalu menerusi sebuah buku bertajuk ‘Roots’.

Malangnya, Nedia ditembak selepas menghadiri majlis pelancaran bukunya, semalam. 

Lelaki berusia 31 ini bertugas sebagai penyampai radio selepas meninggalkan Los Guerreros, gengster yang terbabit dalam penjualan dadah di Copenhagen.

Difahamkan, dua tembakan dilepaskan ke arah Nedim ketika beliau meninggalkan majlis pelancaran bukunya, semalam.

Bagaimanapun, suspek berjaya melarikan diri dari lokasi kejadian.

Menteri Kehakiman Denmark, Soren Pape Poulsen yang dipetik akhbar Politiken berkata, Nedim yang dilahirkan di Turki, berhijrah ke negara itu bersama keluarganya, ketika berusia empat tahun.

“ Ia sesuatu yang amat menyedihkan. Saya pernah bertemu dengan Nedim.

“ Saya mengenali seorang lelaki yang bersungguh-sungguh mahu mengubah hidupnya dan melakukannya dengan sepenuh hati untuk membantu orang lain.

“ Ingatan dan rasa simpati saya kepada keluarga serta rakannya,” kata Poulsen di Twitter.

Menurut agensi berita Ritzau, Nedim mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulannya dan menyertai program pemulihan selepas mengetahui isterinya mengandung.

Malah, beliau juga dilaporkan sering berkongsi pengalaman hidup di dalam rancangan radionya. – Reuters

SGMS Faida