Categories: Trending

Netizen Dakwa Masuk Kristian Selepas Nikahi Mat Salih, Ini Respons Sharifah Sakinah

Pelakon Sharifah Sakinah mendedahkan kad perakuan memeluk agama Islam milik suaminya, Michael Hansen.

Sakinah memuat naik foto kad yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor itu menerusi kemas kini terbaharu di laman Instagram miliknya.

“Kami tak muat naik bukti sebab tak nak mengharu birukan keluarga mentua ya. Cuba anak awak tiba tiba kena convert Hindu, mau mak awak melenting tak? Nak sangat bukti swipe lah, terima kasihlah sebab mengharu birukan keadaan,” tulisnya.

Aktres drama bersiri Aku Yang Kau Gelar Isteri ini menjawab dakwaan netizen yang meninggalkan tuduhan berbunyi ‘Tahniah Kinah masuk Kristian’ di ruangan mesej langsung (DM) di Instagram.

Tambah Sakinah, dia tidak menunjukkan bukti kerana ingin menjaga hati keluarga suaminya yang merupakan seorang jejaka Inggeris yang berasal dari Sweden.

“Kalau dah cakap dah lah dah lah, tak payah buruk sangka. Habis semua nak kena tunjuk bukti. Tak tunjuk nak jaga hati keluarga sana,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Sakinah mendedahkan dirinya telah mendirikan rumah tangga dengan Michael tetapi tidak memberitahu butiran lanjut mengenai perkahwinan keduanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sekarang Sudah Rasmi, Tak Payah Tanya Lagi Okay!” – Sharifah Sakinah Akui Kahwin ‘Senyap-Senyap’ Gara-Gara…

Menurut Sakinah, dia mempunyai sebab tersendiri untuk tidak menghebahkan atau mengumumkan perkahwinannya dengan suami kerana ia berkaitan soal peribadi dan agama.

Padin