Euforia Bola 2026
Trending By: Padin December 28, 2021 @ 9:26pm

Noki & MK K-Clique Rebut Cinta Gadis Bernama Mira… Apa Cerita Ni?

Anggota rap kumpulan K-Clique, Noki dan MK kini dalam persaingan untuk merebut hati seorang gadis bernama Mira.

Ha, jangan terkejut kerana itu hanyalah jalan cerita naskhah yang dibintangi oleh mereka bersama Elisya Sandha dalam drama bersiri Oh My Hantaran di slot Diandra TV9.

Bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 8.30 malam bermula esok, 29 Disember, drama bersiri 20 episod ini diterbitkan oleh Tanah Beris Film dan diarahkan oleh Shuhaimi Lua manakala skripnya pula hasil nukilan MF Kencana.

Oh My Hantaran mengisahkan Mira (Elisya Sandha), gadis idaman kampung yang bercinta dengan Mail (Noki K-Clique), seorang pemuda kampung yang sangat menghormati orang tua. Namun, hubungan mereka tidak direstui oleh ayah Mira, Encik Sabri (Rosli Rahman Adam). Mail seorang yang rajin berusaha dan bekerja dengan Pak Hassan yang dianggap sebagai ayah.

Encik Sabri mengharapkan Mira, satu-satu anaknya itu berkahwin dengan Rizal (MK K-Clique), iaitu anak kepada ketua kampung. Rizal berkelulusan ijazah universiti malahan dia bakal mewarisi tanah dan perniagaan kampung ayahnya. Sebenarnya Rizal seorang gengster kampung yang digeruni oleh pemuda kampung tetapi dia selalu berlagak baik di depan orang tua.

Encik Sabri menetapkan syarat kepada Mail untuk menyediakan wang hantaran sebanyak RM51,000 dalam masa sebulan jika ingin berkahwin dengan Mira. Demi cinta, Mail berusaha untuk mengumpul jumlah duit itu dalam tempoh yang singkat. Rizal yang mula menyukai Mira dari zaman sekolah lagi telah bersumpah untuk memiliki Mira dengan apa jua cara pun.

Dalam keadaan buntu mencari jalan, ibu Mail akhirnya menyuruh Mail berjumpa dengan ayah kandungnya, Malek di Kuala Lumpur. Tanpa dijangka, Malek meminta Mail untuk mendapatkan kembali wangnya dari para penghutang.

Mail akan diberikan ganjaran berdasarkan jumlah kutipan itu. Bermulalah cabaran Mail sebagai seorang pemungut hutang demi mencari duit dalam kadar segera. Mail tidak ingin kehilangan Mira dan dia terpaksa merahsiakan kegiatan itu daripada pengetahuan Mira. Adakah Mail akan berjaya dan mengecapi kebahagiaan bersama Mira? Bagaimana pula dengan Rizal yang tidak berputus asa untuk menawan hati Mira?

Oh My Hantaran juga menampilkan lagu ‘Payung Pelangi’ nyanyian oleh Noki dan MK sebagai OST drama ini. Lagu ini adalah hasil komposer dan lirik oleh Noki dan MK sendiri.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Oct 2025

Alha Alfa Minta Jangan Bandingkan Greta Thunberg & Aktivis Malaysia – “Yang Cakap Lebih-Lebih Tu Jom Join Next Wave!”

Jelasnya, sebagai rakyat Malaysia yang hanya mampu menyokong dan mendoakana dari jauh sebaiknya kita tidak terus membuat kesimpulan dengan tindakan mereka.

Hiburan Thu, 3 Apr 2025

Padam Foto Bersama, Saling ‘Unfollow’ Di IG… Hubungan Cinta Ameera Khan & Jefri Nichol Didakwa Berakhir?

Hubungan percintaan model dan pempengaruh jelita, Ameera Khan dan aktor Indonesia, Jefri Nichol didakwa telah terlerai. Dakwaan tersebut mula tercetus selepas ada individu mendakwa pasangan tersebut sudah saling tidak mengikuti di laman media sosial Instagram […]

Hiburan Thu, 8 Jun 2023

Tayang Mesej ‘Sweet’, Ameera Khan Sedang Angau Bercinta?

Pempengaruh media sosial, Ameera Khan mencuri perhatian peminat selepas berkongsi gambar ‘screen shot’ perbualan rindu bersama seorang lelaki di Instagramnya. Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), lelaki tersebut meluahkan rasa rindu dan ingin melihat wajah […]

Featured Thu, 21 May 2026

“Dasar Narsisistik! Aku Kena Jadi Pengemis Dekat Company Sendiri, Stay Merata Rumah Family” – Syida Melvin Dakwa Dianiaya Suami?

Syida Melvin kesal dengan tindakan individu didakwa suaminya yang dikatakan culas memberikan nafkah selain diperlakukan seperti pengemis di dalam syarikat milik mereka.

Trending Sat, 28 Apr 2018

Selamat Jalan, Alfie…

Pakar perubatan di Britain berpendapat bahawa rawatan selanjutnya adalah sia-sia, namun ibu bapanya ingin membawa Alfie ke Rom, selepas mendapat tawaran rawatan di hospital Vatican Bambino Gesu.

Featured Tue, 13 Feb 2024
error: Content is protected !!