Categories: Trending

ntv7 Lalui Perubahan Secara Berperingkat

Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) sekali lagi sedang mengukuhkan penampilan stesen ntv7, iaitu satu daripada empat stesen televisyen tidak berbayar di bawah rangkaiannya.

Perubahan ini adalah hasil daripada maklum balas penonton setianya yang merangkumi pelbagai lapisan masyarakat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Khairul Anwar Salleh, sebelum ini ntv7 dikenali sebagai saluran gaya hidup dengan memperkenalkan CJ WOW Shop versi Bahasa Cina.

Sumber : www.xtra.com.my

Namun kini, program serta drama-drama ulangan popular dalam Bahasa Cina itu boleh ditonton sepenuhnya di stesen 8TV bermula 1 November ini.

ntv7 fokus rancangan berbentuk majalah

Justeru itu, saluran ntv7 kini lebih fokus terhadap rancangan-rancangan berbentuk majalah, dokumentari dan faktual.

Sumber : @wowshopofficial

Bagaimanapun,  ntv7 masih mengekalkan slot sedia ada seperti slot Daebak, Edisi 7, 7 Edition dan WOWShop.

Salma Syahbuddin