Categories: OMG

Burj Khalifa Jadi “Tabung” Derma Covid-19

Menara Burj Khalifa sememangnya terkenal sebagai bangunan tertinggi di dunia buatan manusia. Menara yang mempunyai ketinggian sepanjang 823 meter ini juga turut dikenali kerana kehebatan arkitektur yang menarik.

Baru-baru ini, menara Burj Khalifa telah ditukar menjadi sebuah tabung derma yang bersinar bagi tujuan mengumpul dana untuk penduduk Emiriah Arab Bersatu yang menderita ekoran kesan wabak Covid-19 yang sedang menular ketika ini.

Lampu berjumlah 1.2 juta yang terdapat pada bangunan ini telah dijual dengan harga 10 dirham setiap satu. Jumlah 10 dirham ini cukup untuk membeli satu hidangan makanan kepada mereka yang memerlukan.

Setiap kali orang ramai memberi derma, satu lampu akan dipasang dan orang ramai juga boleh membida untuk mendapatkan lampu pada bahagian atas bangunan.

Sebagai pusat perniagaan dan pelancongan paling besar dan mempunyai lapangan terbang tersibuk di dunia, sektor ekonomi di Dubai sedikit sebanyak telah terjejas akibat pandemik Covid-19.

Ramai rakyat yang telah kehilangan pekerjaan dan pendapatan mereka semakin berkurang. Seramai puluhan ribu pekerja imigran yang tinggal di kawasan tumpuan bandar itu juga telah didaftarkan untuk dihantar pulang ke negara asal.

Sumber: The Star

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover