Trending By: Yanie Baharom March 5, 2019 @ 12:00pm

Paris Hilton ucap tahniah kepada Syahrini

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan penyanyi terkenal Indonesia, Syahrini, di laman sosial Instagram, pastinya tahu hubungan akrab antara pelantun lagu Kau Yang Memilih Aku dengan selebriti ternama dunia, Paris Hilton.

Keakraban mereka terserlah sehinggakan kedua-duanya pernah  bercuti bersama-sama di Bali, Indonesia, tidak lama dulu.

Bahkan, Paris tidak melepaskan peluang untuk memberi ucapan tahniah kepada Syahrini yang melangsungkan pernikahan dengan usahawan berkelahiran Indonesia dan Jepun, Reino Barack di Jepun minggu lalu.

Foto: Astro Gempak

“Congratulations beautiful!” Begitulah komen yang ditulis Paris Hilton seraya menyematkan tanda cinta dalam ruangan komen di laman Instagram @princessyahrini.

Selain Paris Hilton, ramai rakan artis Indonesia turut berkongsi kegembiraan pernikahan Syahrini dan Reino.

Ahad lalu, Syahrini buat pertama kali berkongsi foto pernikahannya dengan Reino selepas pasangan berkenaan disatukan sebagai suami isteri pada 27 Februari  di Masjid Tokyo Camii, Jepun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 4 Sep 2022

Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya, Ikmal Amry Sekeluarga Syukur Terselamat

Ikmal Amry dan keluarga terlibat dalam kemalangan

Trending Sat, 10 Nov 2018

Bekas Suami Liat Bayar Nafkah Anak? Baca Ini!

Ramai di kalangan wanita yang tidak diberi keadilan sepenuhnya terutama dari sudut nafkah yang telah diputuskan oleh mahkamah syariah.

Featured Mon, 4 Apr 2022
Featured Thu, 2 Dec 2021

Pengarah Mr Millennium Akui Sukar Realisasi Babak Era 60-an

Pengarah drama Mr Millennium, Azmi Hata mengakui cabaran semasa sesi penggambaran bagi drama itu sukar kerana mempunyai genre komedi dan penggambaran untuk babak era 60-an. Mengulas cabaran sepanjang sesi penggambaran, Azmi memuji pelakon yang mampu […]

Trending Thu, 6 Feb 2020

情人节DIY心形美味餐点!让另一半感受你满满的爱意

除了在外吃情人套餐,在家动动手准备一份情人特餐,更添浪漫气氛喔!

Featured Tue, 20 Dec 2022

Imran Bard Bangga Miliki Kancil Turbo – “Kalau Kat Highway Aku Kanan Je!”

Pempengaruh media sosial, Imran Bard sekali lagi berjaya mencuri tumpuan warganet dengan gelagat dan kata-katanya yang sering menyelar tohmahan orang luar terhadap dirinya. @kucengnanges hidup kancil! 🚙 #anakkirimansyurga #imerang #imranbard #anaqkirimanheaven #kancilturbo ♬ original sound […]