Categories: Trending

Peluang Dibuka Buat Golongan Ibu Tunggal Dan Asnaf Berniaga Secara Online Sepanjang Ramadan Ini

Nasib golongan B40 dan asnaf kini mendapat perhatian pihak bukan kerajaan (NGO) bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan ini agar tidak kehilangan punca pendapatan sepanjang tempoh PKP.

Kemudahan teknologi yang diperkenalkan oleh pihak Women Of Will (WOW) turut dimanfaatkan oleh golongan ini bagi memasarkan produk-produk mereka.

Sumber : Google

Kali ini, keutamaan diberikan kepada penduduk disekitar Lembah Klang. Malah, sesi tutorial dengan menggunakan aplikasi Women of Will (WOW) ini digunakan kerana ianya mudah difahami dan mudah untuk dipraktikkan.

Menerusi aplikasi WOW, golongan ibu tunggal dan asnaf turut diajar bagaimana untuk memeriksa barang dan bagaimana cara penghantaran e-hailing itu dilaksanakan.

Selain memberi peluang buat golongan ini berniaga secara atas talian, mereka juga boleh memasarkan perniagaan mereka kerana jangkauan pelanggan atas talian ini lebih meluas.

Sumber : Google

Menurut Ketua Pegawai Operasi WOW, Lakshwin Muruga, buat permulaan pihaknya memperkenalkan laman Facebook ‘Ramadan Market’ dan berharap agar perniagaan ini terus menjadi amalan baru buat golongan ini walaupun selepas PKP dilaksanakan.

“Semua peserta telah habiskan kursus yang memberi mereka kemahiran khas untuk berniaga secara online, ini termasuklah, cara untuk menggunakan grab, dan lalamove sebagai delivery service mereka

“Dan mereka juga diajar bagaimana acara untuk mengambil gambar produk mereka dan melayani pelanggan secara online” Katanya.

Salma Syahbuddin