Categories: Trending

Pemancing Teruja Dapat Ikan, Tapi Rupanya…

Uish…seram! Sedang asyik memancing, lelaki ini terkejut apabila dia menyangka ikan yang tersangkut di mata kailnya rupa-rupanya sekujur tubuh yang sudah kaku.

Kejadian berlaku di sebuah lombong berhampiran Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) pada jam 9.45 pagi tadi.

Difahamkan, mayat berkenaan merupakan seorang lelaki bernama Lam Siew Fong yang berasal dari Bandar Baru Kampar.

Ketua operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kampar, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Shariman Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis bagi membantu mengeluarkan mayat mangsa.

“ Tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan operasi bertindak mengeluarkan mangsa di dasar sedalam satu meter dengan menggunakan tali.

“ Mayat ditemui dalam keadaan sempurna disahkan maut oleh pasukan perubatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. -BH Online.

SGMS Faida