Categories: Trending

Pembayaran Fasa 2 BPN Kepada B40, M40 Kini Bermula- Menteri Kewangan

Berita penting buat korang yang memohon permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Semenjak BPN dibuka kepada semua, ramai yang tertanya-tanya mengenai status permohonan mereka dan tak kurang juga risau permohonan tidak akan diterima.

Terbaru, Menteri Kewangan mengumumkan pembayaran fasa kedua BPN kepada golongan B40 dan M40 yang berjumlah 3.68 billion telah bermula semalam.

Hampir 2 juta permohonan baru diluluskan

Menerusi Berita Harian, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, berkata sehingga 29 April 2020, hampir dua juta permohonan baharu dan rayuan sudah diluluskan membabitkan jumlah sebanyak RM1.5 bilion.

“Sukacita juga saya mengumumkan bahawa pembayaran untuk permohonan baharu dan rayuan yang layak akan dibuat bermula pertengahan bulan Mei,” katanya.

Beliau dipetik berkata dalam perkongsian laporan keempat pencapaian pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang disiarkan secara langsung di akaun Facebook rasminya hari ini.

Ini juga, katanya membabitkan mereka tanpa akaun bank yang telah menunaikan BPN di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Buat korang yang dah dapat bantuan tu, jangan lupa belanjakan wang tersebut untuk keperluan harian dan jangan membazir tau!

Sumber: Berita Harian

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”