Categories: Trending

[TERKINI] Akibat Kelonggaran Yang Diberikan, Lokasi Zon Merah Kian Meningkat

Sejak kelonggaran diberikan semalam, kawasan zon merah Covid-19 kembali meningkat kepada 10 kawasan berbanding 9 kawasan sebelum ini setakat 12 tengahari semalam.

Sumber : KKM

Petaling, Selangor sahaja kini menyaksikan pertambahan sebanyak 13 kes dalam tempoh 24 jam dengan jumlah keseluruhan 52 kes sekaligus menjadikannya kawasan zon merah.

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) menunjukkan sembilan daerah yang kekal zon merah ialah Hulu Langat, Gombak, Batu, ibu kota dan Kampung Baru, Sri Petaling, Kluang, Seremban, Kuching serta Kota Samarahan.

Sumber : KKM

Manakala, Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu diisytihar zon hijau apabila mencatatkan sifar kes aktif jangkitan Covid-19. Ini menjadikan lima negeri bebas kes Covid-19 termasuk Perlis, Kedah, Kelantan dan Perak.

Manakala, berlaku penambahan daerah zon hijau daripada 86 daerah kepada 111 daerah dan hingga semalam, Malaysia merekodkan 6,353 kes positif Covid-19 serta 1,764 kes aktif.

Salma Syahbuddin