Categories: Trending

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un Dilaporkan Masih Hidup – Moon Jae In

Baru baru ini, timbul isu mengenai berita kematian pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un di laman sosial.

Khabar angin itu semakin bertiup kencang setelah dilaporkan oleh media Cina dan Jepun. Isu tersebut telah menimbulkan persoalan dan tanda tanya orang ramai mengenai kesahihan kematiannya.

Malah, perkara itu turut mencetuskan tanda tanya sekiranya adik perempuan Kim Jong Un iaitu Kim Yo Jong bakal dilantik menjadi pemimpin Korea Utara yang baru.

Adik perempuan Kim Jong Un, Kim Yo Jong

Namun, hari ini Presiden Korea Selatan, Moon Jae In melaporkan bahawa Kim Jong Un masih hidup dan sihat. Beliau dikatakan berada di sebuah tempat peranginan di Wonsan sejak 13 April lalu.

Khabar angin mengenai kematian Kim Jong Un mulai bertiup apabila kelibat beliau gagal dikesan di sambutan ulang tahun datuknya, Kim ll Sung yang merupakan presiden dan pengasas Korea Utara.

Kondisi kesihatan Kim Jong Un menjadi bualan ramai, beliau dikatakan menghidapi komplikasi penyakit jantung akibat keadaan berat badannya.

Sumber: The Guardian

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”