Categories: Trending

Penceramah Bebas Ganggu Isteri Orang?

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Muhamad Zaki Harun mengesahkan menerima laporan mengenai penceramah bebas dari Negeri Sembilan yang didakwa mempunyai skandal dengan isteri orang.

Memetik laporan Harian Metro, pihak Polis menerima laporan polis yang dibuat di Johor Bahru semalam dan akan menjalankan siasatan lanjut mengenainya.

“Setakat ini kita tidak boleh mengatakan dakwaan atau laporan itu benar atau sebaliknya kerana tidak semestinya apa yang dikatakan oleh pengadu itu betul.

“Kita akan memanggil pengadu yang kini berada di Johor Bahru dalam masa terdekat untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai dakwaannya terhadap penceramah terbabit.

“Polis memberi jaminan siasatan akan dilakukan dalam semua sudut dan kita akan berlaku adil kepada semua pihak,” katanya.

Beliau mengulas mengenai laporan polis yang dibuat oleh individu yang mendakwa penceramah bebas terbabit mempunyai hubungan dengan seorang wanita yang juga isteri orang.

 

SGMS Faida