Apple Bakal Perkenal Emoji Mesra OKU?

Tahukah anda, satu daripada tujuh orang di seluruh dunia mengalami kecacatan dalam pelbagai bentuk, sama ada fizikal, penglihatan, pendengaran, atau kegagalan kemahiran motor fizikal, atau kecacatan lain yang tidak dapat dilihat.

Syarikat gergasi alat komunikasi Apple baru-baru ini mengemukakan cadangan memperkenal beberapa emoji baharu khusus bagi mewakili golongan orang kurang upaya (OKU) di seluruh dunia. Wah, menarik ni!

Apple dalam satu kenyataan memaklumlkan pilihan emoji sedia ada merangkumi orang, aktiviti dan objek yang mewakili masyarakat umum, tetapi tidak banyak yang berkaitan golongan kurang upaya.

Jika diluluskan, kita bakal melihat dan menggunakan emoji kerusi roda, orang bertongkat dan tangan palsu di telefon pintar anda. Ia kemungkinan akan dilancarkan pada awal tahun 2019.

Kesemua cadangan ini telah diusulkan kepada Unicode Consortium, satu organisasi yang meluluskan aksara emoji baharu.

Antara emoji yang bakal diperkenal termasuk:

1) Anjing khidmat

2) Lelaki dan wanita bertongkat

3) Lelaki dan wanita berkerusi roda

4) Telinga dengan alat pendengaran

5) Lelaki dan wanita menunjukkan simbol bisu

6) Tangan dan kaki palsu

 

Sumber: Agensi

SGMS Faida