Categories: FeaturedTrending

Pengeluaran i-Sinar Kini Tanpa Syarat, Ahli Boleh Membuat Pengeluaran Sebanyak…

Kementerian Kewangan memaklumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang dalam proses memansuhkan syarat kemudahan pengeluaran i-Sinar.

Menurut Menterinya Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, pemansuhan itu dilakukan selepas menerima nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berdasarkan maklum balas pihak awam.

Perkara itu turut dimaklumkan menerusi Facebook rasmi Kementerian Kewangan

Berikut perincian pengeluaran:

A) Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

B) Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Sehubungan itu , KWSP turut memerlukan sedikit masa untuk mempersiapkan struktur pengeluaran baharu ini.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”