Categories: Trending

Pensyarah Pakai ”Cosplay” Pergi Class Setiap Hari,

Rutin yang sama untuk bangun pada hari biasa dan menghadiri kelas. Kadang-kadang jika subjek tidak digemari atau kelas yang bosan, pasti akan ada yang akan berdoa dengan harapan supaya kelas akan dibatalkan. Realiti.

Menghadirkan diri ke kelas walaupun malas merupakan satu pencapaian diri, tetapi jika anda dapat memberi perhatian penuh sepanjang kelas tersebut berjalan adalah sesuatu yang tidak boleh dilakukan oleh semua orang.

Cuba bayangkan sekiranya ada seseorang di kelas yang akan memberikan anda motivasi untuk menghadiri semua kelas tanpa gagal dan malas? Orang itu bukannya rakan anda, tapi pensyarah anda sendiri. Mesti rasa teruja bukan?

Zachariah Aidin Druckman, seorang pensyarah muda berusia 28 tahun layak digelar lecturer paling cool kerana pasti menarik perhatian anda kerana dia menikmati pakaian cosplay ke kelas. 

Zachariah, atau lebih dikenali sebagai Cekgu Zac di Twitter, telah mencuba memakai pakaian cosplay sejak bergelar pelajar lagi. Lihat saja antara pakaian yang pernah di pakai

Sumber : Siakap keli
SGMS Enal