Categories: Trending

Penyanyi Demi Lovato Dikejarkan Ke Hospital Kerana Overdose, Kini Stabil

Selebriti terkemuka Amerika, Demi Lovato, dilaporkan stabil di samping keluarganya setelah dimasukkan ke hospital ekoran pengambilan dos dadah yang berlebihan. 

Menurut Jabatan Bomba Los Angeles, dia telah dijumpai dalam keadaan tak sedarkan diri pagi semalam di rumahnya di Hollywood Hills.

Kemudian dia dimasukkan ke dalam sebuah ambulans untuk dibawa ke Cedars Sinai Medical Center di Los Angeles, di mana dia diberi ubat Naloxone (Narcan) yang boleh merawat overdose. 

Terbaru, NBC News melaporkan yang penyanyi berumur 25 tahun itu kini sedang stabil, sedar dan bernafas. 

Menurut kenyataan daripada wakil Demi, keluarga Lovato ingin berterima kasih kepada semua yang telah mengirim doa dan sokongan kepada Demi.

“Sesetengah daripada informasi yang dilaporkan oleh pihak media tidak tepat. Jadi mereka meminta supaya privasi diberikan kepada penyanyi ini dan supaya orang luar tidak membuat sebarang spekulasi tentang kesihatannya. 

“Pemulihan Demi adalah paling penting pada masa ini.”

Sejak beberapa tahun lalu, Demi kerap meluahkan pergelutannya untuk jauhkan diri daripada dadah. Pada Mac lalu, genap 6 tahun di mana dia bebas daripada pengambilan bahan tersebut.

Bangga dengan pencapaiannya, dia telah memuat naik sebuah post di Twitter: “So grateful for another year of joy, health and happiness. It IS possible.”

Foto: Jason Merritt/Getty Images for NARAS

Tapi beberapa minggu lalu, Demi mendedahkan melalui lagunya ‘Sober’ yang dia telah mengalami relapse, di mana dia telah kembali kepada tabiat lamanya.

Sebelum ini, Demi pernah berterus terang di dalam banyak sesi interview tentang penggunaan dadah kokain, ketagihannya terhadap alkohol, isu kesihatan mental dan gangguan pemakanan.

‘Sober’ tidak menjelaskan Demi telah mengalami relapse dari segi apa, tapi liriknya menyebut: “I’m sorry for the fans I lost who watched me fall again. I want to be a role model but I’m only human.”

Demi sepatutnya mengadakan konsert esok di Atlantic City, tapi ia telah dibatalkan ekoran keadaan terkini.

Penyanyi ini mula popular sebagai seorang pelakon kanak-kanak untuk Disney Channel. Dia kemudian telah membuat keputusan untuk menjadi penyanyi sepenuh masa.

Antara lagunya yang popular adalah ‘Skyscraper’, ‘Heart Attack’, ‘Sorry Not Sorry’ dan ‘Stone Cold’.

Sumber: E! OnlineCNN

Ad Ops