Categories: Trending

PKPB: Rentas Negeri Bersyarat Dibenarkan Mulai Hari Ini

Bermula hari ini, rentas negeri dibenarkan! Tetapi, tunggu dulu, ada syarat-syaratnya yang korang perlu tahu..

Jika dahulu, kerajaan melarang orang ramai untuk merentas negeri sempena Aidilfitri namun hari ini, kerajaan akhirnya memberikan berita gembira buat orang ramai yang ingin merentasi negeri.

Golongan yang layak merentasi negeri

Menurut Dato Seri Ismail Sabri, perjalanan rentas negeri yang bermula hari ini hanya dibenarkan buat golongan tertentu seperti pasangan suami isteri terpisah, urusan kesihatan, urusan pekerjaan, kes kecemasan seperti kematian.

Rentas negeri ‘terhad’, masih perlu mohon kebenaran PDRM

Namun begitu, perjalanan rentas negeri buat mereka yang layak juga terhad dan hanya dibenarkan seminggu sekali sahaja. Buat individu yang layak, mereka masih perlu mengemukakan permohonan di balai polis berdekatan dan mendapatkan kebenaran pihak polis.

Buat pasangan suami isteri yang terpisah, inilah saatnya untuk korang bersama kembali setela sekian la. Tapi, jangan lupa mohon kebenaran pihak polis dulu ye!

Semoga perjalanan korang selamat pergi dan balik ????

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”