Trending By: SGMS Enal March 17, 2019 @ 12:55pm

PM New Zealand-Kami Akan Tanggung Kos Pengebumian Semua Mangsa

Portal berita Ilmfeed melaporkan bahawa Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berkata bahawa kerajaan di bawah pimpinannya akan menanggung semua kos pengebumian mangsa-mangsa yang terkorban dalam serangan keganasan di dua masjid di Christchurch.

Jacinda dalam pertemuan dengan keluarga 49 mangsa yang terkorban juga dilaporkan berjanji bahawa kerajaan komited untuk memberi sokongan kepada waris termasuk dari segi kewangan walaupun sebahagian mangsa berstatus imigran.

”Kami berjanji untuk memberi fokus kepada keperluan keluarga mangsa untuk hari-hari mendatang.

”Kebanyakkan mangsa-mangsa yang terkorban merupakan tulang belakang keluarga dan individu utama yang keluar mencari rezeki. 

”Ramai daripada mereka mempunyai tanggungan seperti anak dan isteri. Saya memberi jaminan melalui sistem yang diamalkan di negara ini, melalui ACC, terdapat kaedah yang boleh diguna untuk menghulurkan bantuan.

”Manakala bantuan tersebut akan diberikan tanpa mengira status mereka, sama ada warga imigran atau sebaliknya. Bantuan ini termasuklah kos pengebumian, serta sokongan kewangan kepada keluarga-keluarga yang kehilangan sumber pendapatan utama,” kata Jacinda.

Manakala porta berita New York Times pula melaporkan sistem bayaran pampasan yang ada di New Zealand akan diguna pakai oleh kerajaan untuk membantu keluarga-keluarga mangsa yang kehilangan tulang belakang keluarga.

Sumber: IlmfeedNew York Times

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#tilljannah Sat, 24 Dec 2022

Kongsi Momen Sweet Bersama, Ramai Puji Hairul Azreen & Hanis Zalikha – “Favourite Couple!”

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh pelakon Hairul Azreen di laman Instagram yang berkongsi momen bersama isteri tercintanya, Hanis Zalikha sehingga berjaya mencuri perhatian ramai. Menerusi hantaran tersebut, Hairul mengucapkan terima kasih kepada isterinya […]

Featured Wed, 15 Mar 2023
Featured Fri, 21 Feb 2020
Featured Fri, 24 Mar 2023
Trending Mon, 7 Oct 2019
Trending Thu, 21 Apr 2022
error: Content is protected !!