Categories: Trending

PM Umum Cuti Kecemasan Kepada Semua Kakitangan Awam Terkesan Banjir

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan cuti kecemasan kepada semua kakitangan awam yang terkesan akibat bencana banjir.

Ismail mengumumkan perkara terbabit menerusi kemas kini yang dimuat naik di laman Twitter sebentar tadi.

“Saya umumkan cuti kecemasan kepada semua kakitangan awam yang terkesan akibat bencana banjir,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ismail juga menyarankan syarikat swasta memberikan cuti berbayar kepada pekerja yang terlibat dengan bencana alam itu.

“Untuk kakitangan swasta, syarikat disarankan memberi pekerja cuti berbayar atau “paid leave”, dengan tidak menolak peruntukan cuti tahunan dan gaji mereka,” tulisnya lagi.

Padin